top of page

Bakul Susu Jannah

  • Nov 11, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terbuka hati nak cerita pasal bakul susu jannah. Ye, ianya memang betul betul sebuah bakul. Bukan kotak, besen, baldi, kotak boleh lipat atau apa saja yang selain bakul.😂.

Kak ain beli di kedai dua hinggit. Lalu kak ain mencorakkannya seperti gambar supaya tak boring dan kelihatan sedikit yakin ketika membawanya selamba.

Boleh laaa haha

Memang penuh satu bakul tu. Apa yang ada?

1. Susu khas glutarex 2 

Khas untuk pesakit glutaric aciduria type 2. Tapi jannah type1. Huhu yang membezakan hanya tahun je. 6 tahun ke atas dipanggil type 2. Kebawah, type 1. Kandungan protin glutrex type 2 lebih tinggi berbanding glutarex 1. Jadi pakar diet bagi susu tambahan untuk jannah iaitu prophree

2. Prophree

Tak banyak maklumat yang kak ain tahu pasal susu ni kecuali ianya tiada protin. Jannah dapat sebab nak tambah zat lain selain protin macam lemak dan sebagainya.

3. Susu formula

Masa mula mula jannah kena, kak ain campur dengan susu ibu. Lepas dah kering, campurla dengan susu formula. Sekarang jannah guna dumex dugro 3.

4. Carborie

Untuk tenaga. Max 5 sudu. Dokter kabo kalu 5 sudu, biasanya dapat cirit. Jannah x dapat pun😅

5. L carnitine

Ubat. Kalu g farmasi, tokey kabo "you mau kurus aaa? Makan 2 kali sehari lorh". Kak ain kata "untuk anak saya lah. Dia istimewa"😂

Carnitine ni la yang akan buang toksin dalam badan jannah. Protin yang berlebihan itu, yang jannah xleh proses.

6. MCT oil

Minyak. Pun untuk menambah berat dan lemak. Tapi jannah selim melim je haha

7. Syrup lactulose.

Sebab aembelit. Kak ain masukkan dalam  susu dia 5ml 2 kali sehari

8. Musafem

Ubat lembutkan badan jannah.

9. Clonazepam

Pun untuk lembutkan badan dia.

Musafem dan clonazepam biasa dibei kepada orang yang sawan.

Untuk penfetahuan, jannah tiada sawan kecuali masa dia kena krisis masa umur 5 bulan di hospital kemaman. 

Ramai yang beranggapan jannah 'mesti ada sawan'. Kak ain cuma nak bagiahu yang jannah kena masa umur 5 bulan dan kalau jannah dapat lagi sawan, kak ain akan belajar cara menghadapi dan menanganinya. Thats all.😊

Semua ubat tu, kak ain masukkan dalam suau dia. Tak taulah berkesan ke tak. Ada banyak perasa susu jannah. Glutarex masin, carnitine masam, lactulose manis. 😂

Penub satu bakul😂

Sebelum keluar hoapital 3 tahun lepas, kak ain dan suami siap di ajar cara bancuh susu. Xleh main2. Haha tangan kena bersih, tempat bersih dan guna air sejuk sahaja. No air panas atau suam.

Sekian cerita susu jannah


 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page