Desire
- ainmcr
- Nov 6, 2017
- 1 min read
Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya, nak update setiap hari blog ni, tapi desire tak kuat. Desire tak kuat maknanya 'kalau dapat, buat. Kalau tak dapat buat, tak apa'. Maknanya, tak apa la kalau tak dapat desire kita?
Buat apa berimpian 'kalau tak dapat,tak apa'?
Apabila memasang impian, perlu letak di hati bahawa AKU MESTI DAPATKANNYA. Bukan tak dapat, tak apa. Memang tak akan dapat la jawabnya.
Tengok balik apa impian kita. Ce kira berapa banyak dah yang dapat? Ce tengok balik, yang dapat tu, macam mana kita punya keyakinan untuk dapatkannya. Yang tak dapat dapat lagi, macam mana pulak tahap keyakinan kita?
Berbeza kan?
Belum masuk menyelongkar dalam benak kepala lagi. Macam macam ada kat situ. Ketakutan, ketakpastian, kerisauan, keresahan, kesedihan. Semualah. Semua yang menyebabkan impian kita hanya tinggal impian.
Ok, salah satu cara untuk capai impian yang masih kita tak dapat tu adalah dengan carikan benefit kepada impian itu. Senaraikan. Kemudian, sematkan dalam minda bahawa 'aku nak buat itu dan ini dengan impian aku tu'.
Boleh?
Jom!







Comments