top of page

Siapa mama Jannah

  • ainmcr
  • Sep 12, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terbuka pulak hati mama nak kongsi siapa sebenarnya mama jannah ni. Bukan, mama bukan perisik jabatan rahsia negara. haha Mama orang biasa je. Rakyat jelata.

Ok, mama ada anak 3 orang, 2 lelaki dan seorang perempuan. Zikry 6 tahun, Jannah 4 tahun dan Haris 3 tahun. Ye, jannah dan haris setahun sorang. Sebenarnya, masa zikry umur 7 bulan, mama pernah mengandung, tetapi keguguran semasa kandungan berusia 2 bulan. Baby tidak membesar. Mama terima seadanya. Kalau tak kan, anak mama 4 orang setahun sorang. pengsan kejap. hahahahaha

Ok, selepas kahwin, mama dapat kerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta di kemaman, trg. Sebelum tu, mama memang kerja, tetapi asyik 'keja, benti, keje, benti' haha. ianya seperti tidak kena dengan jiwa. tak termasuk lagi tempoh menganggur. Nanti mama cerita lebih lanjut pasal 'keje, benti, keje, benti' tu.

Bila dah dapat kerja epas 3 bulan kahwin, tak sangka pulak kekal. 6 tahun lamanya mama kerja situ. memang ada terfikir untuk berhenti. Tambah tambah bila dapat tahu jannah istimewa. Tapi masa tu, keadaan kesihatan jannah semakin okay dan kawan kawan sekerja mencadangkan mama sambung kerja semula. mama setuju hehe padahal lepas sambung kerja balik, keadaan dalam diri mama berkecamuk. mahu je berhenti kerja dan fokus pada jannah. sambil sambil niaga onine dan buat tuisyen di rumah. namun keinginan mama tak kuat untuk membuat tuisyen. tapi mama teruskan untuk berniaga online.

Dalam tempoh mama kerja tetap tu, husband kak ain dah 3 4 kali tukar company. daripada construction, ke pelabuhan dan sekarang ke piping and gas. Dia seorang pemandu kren yang bagus. hehehe sebab company sebelum ni bersetuju ambil dia kerja semula lepas tengok prestasi dia. alhamdulillah.

Disebabkan husband mama dapat kerja di kuantan, mama ambil keputusan untuk berhenti sahaja. kebetulan mama dapat tawaran sambung master sambil jadi RA. boleh la mama bersiap untuk berhenti atau dapatkan kerja yang lebih baik bila mama habis belajar dan abah pun habis kontrak di sana. Kehidupan masa ni seolah olah sangat istimewa. Entah. mama rasakan mama bebas membuat keputusan. Tiada siapa menghalang. berbanding masa kerja di kolej tersebut.

Jadi, mama berimpian untuk tidak lagi bekerja dengan orang. In Sha Allah. Mama akan bina satu empayar mama untuk membantu ramai lagi ibu ibu macam mama mendapatkan pendapatan tambahan. kalau nak tahu, kerja dari rumah dah jadi trend di luar negara. Ayah bekerja dirumah sambil tengok perkembangan anak anak. mak jadi surirumah jaga anak anak bersama ayah.

Mama nak situasi macam tu. Dan mama tahu mama boleh bina situasi tu. Dan amma yakin dengan shaklee. in sha Allah. amin.

Sekian, nukilan pendek mama.

12/9/2017


 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page