top of page

Suara Itu

  • ainmcr
  • Aug 26, 2017
  • 2 min read

Apa yang semulajadi? Kegembiraan, kejayaan, kebahagiaan, kekuatan dan kekayaan adalah contoh perkara yang semulajadi yang sepatutnya berlaku pada setiap manusia. Tetapi, manusia lebih cenderung untuk merasakan kesedihan, kekalahan, kedukaan dan semua yang tidak baik yang mampu menyebabkan hati runtuh hiba dan pilu.

Hal yang agak besar untuk dibicarakan oleh kak ain yang mempunyai pengalaman yang kecil tentang hidup. (bukan sebab hidup kak ain tak berliku tapi sebab kak ain masih muda. Muahahaha)

Tapi, hey! Kenapa berlaku sedemikian? Kerana hal yang biasa kita rasakan di hati adalah hal yang sering dan pernah berlaku dalam hidup kita. Pengalaman lampau kita. Bukan semua manusia begini, tetapi kebanyakannya. Kebanyakan yang tidak bisa mengawal mindanya dan hatinya.

Mesti ada saja yang tidak setuju dengan pernyataan kak ain ini. Tidak mengapa. Ini adalah sebahagian proses. Proses untuk mengenalpasti apa yang berlaku di dalam minda kita. Perhatikan yang ada suara kecil di minda kita yang menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pernyataan kak ain di atas.

Suara kecil seperti “apa yang kau baca ni mengarut saja” atau “kau tak payah baca lagi, ada banyak lagi kerja penting yang kau perlu buat” atau “siapa dia ni nak betulkan hati dan minda aku?” atau sesuatu yang sewaktu dengannya. Haha

Ada tak? Cuba cari. Cuba perhatikan suara itu.

Suara apakah itu? Dari mana datangnya? Kenapa suara itu macam selalu bertentangan dengan semulajadi? Kenapa suara itu selalu negative? Kenapa suara itu selalu membuatkan kita ulang perkara ynag sama kita buat dahulu? ADEH….

Suara itu adalah ego kita

Suara itu terbentuk daripada pengalaman kita yang lepas

Suara itu membentuk attitude kita

Suara itu tidak mahu kita berubah

Suara itu tidak mahu kita Berjaya sebab dia nak kita selesa dengan keadaan kita sekarang

Suara itu tidak suka kepada idea yang baru

Suara itu membentuk diri kita sekarang!

Suara itu tidak akan kita perasan kalau kita tidak sedar (unconsious)

Macam mana nak perasankan suara itu? Cuba perhatikan di minda kita bila sesuatu perkara muncul. Apa saja perkara. Pada kak ain, suara yang memalaskan kita membuat kerja pun termasuklah suara itu. Malas. Memanglah. Suara itu kan tak mahu kita berubah. Jadi dia memalaskan kita. Melambatkan kita buat kerja. Menangguhkan kerja berharga kita.

Dari mana kak ain korek benda ni? Dari bugfreemind.

gambar dari wakeuptiger.com dan learnyourbrain.com

Kak ain bersedia untuk berbincang. :)


 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page