Detik ke Dua, Hospital Pertama
- mamaJannah
- Jun 20, 2017
- 3 min read
Assalamualaikum w.b.t
Ada ke yang masih ingat lagi tentang jannah ni? Tak habis lagi la. Ni sambungannya. Maaf mama buat buat busy untuk sambung kisah jannah. Mama perlu courage untuk menulis lagi.
Jadi, berbalik kepada sambungan hari tu.
Malam pertama di wad Kanak Kanak Hospital Kemaman. Tiada apa pun yang membimbangkan. Jannah tidur macam biasa. Masih menyusu susu ibu walaupun tak eksklusif. Dalam satu bulan, mesti ada sekali mama bagi susu formula sebab stok susu jannah kais pagi makan pagi. Mama tak sempat kais. haha Mama ingat masa tu sebabnya, buat stok lambat sebab pintu satu pintu dan jadual kelas padat ya amat sampai mama tak sempat makan. tapi demi mu jannah, mama akan mengepam jugak hingga cukup 3 oz sebab biasanya jannah minum banyak tu je untuk sekali minum.
Mama ada masalah nak tidur sebab katil kecik kot! haha katil untuk kanak kanak siap berpagar bagai. Mana mama nak letak kaki mama ni? hehehe Mama tertidur jugak sambil peluk anak mama.
Ok, pagi esoknya, ramai yang datang melawat. Jiran, keluarga. masa tu mama ingat jannah suka tengok ke atas dari kiri ke kanan(atau sebaliknya). Seolah olah macam dia tengok hantu ada atas kepala atau atas siling. seolah olah okay? anggapan mama masa tu.
Sempat mama suruh adik ipar belikan botol susu sebab mama perlu pam susu. Jannah kurang menyusu waktu ni.
Tiba ke malam ke dua, lepas semua orang balik sebab waktu melawat dah habis, tinggal la cik yoh sebab dia kena belikan nasik untuk mama. haha Masa mama tengah makan, cik yoh kata " ain ce tengok jannah". Mama tengok anak mama renung satu tempat dan bibir bawah bergerak sedikit dan banyak kali. Mama terus bagitahu misi.
Misi kata "anak awak kena sawan ni". Cepat cepat dia pasangkan tiub oksigen di hidung jannah. Misi kata, "bahaya kalau lama". Misi kata lagi "kalau berlaku lagi macam tadi, panggil saya". mama kata "baik". Mama cuba habiskan nasi mama tadi. Tiba tiba lauk jadi tak sedap. haha

Redha kena pakai tiub oksigen hehe
Lepas pada tu, doktor on kan antibiotik untuk menigitis. Doktor kata kebarangkalian ada kuman dalam otak. Malam tu banyak kali berlaku sawan. Setiap kali berlaku, mama panggil misi. Tapi alhamdulilah semasa tidur, jannah tak sawan walaupun mama nampak dia sukar juga nak tidur.
Paginya esoknya, jannah seperti tidak bermaya, tetapi dia masih lagi mahu menyusu. Dia menyusu bersungguh sungguh. Doktor tak percaya yang jannah menyusu badan lagi walaupun badan tak bermaya. Mama peluk dia erat erat sambil menyusukan. Lepas tu mama tengok badan jannah betul betul tak bermaya. Mama langsung menangis. semahu mahu nya di dalam tandas. Masa tu doktor bagi pelbagai andaian. kena amik air tulang belakang la (which is kami tak bagi), ada kuman dalam otak la.
Melihat kepada badan jannah yang tak bermaya, doktor buat keputusan untuk buat CT scan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Abah dan mama berkeras mahu bawa jannah ke Hospital Kuantan sebab dekat je. Doktor pun keras jugak. Jadi kami mengalah. Mama dan jannah naik ambulan. abah pergi sendiri sambil singgah rumah amik baju.
Dari hospital kemaman, kami ke HSNZ. Jannah masih memakai tiub oksigen. Dalam ambulan, ada sorang misi, sorang doktor, pemandu, mama dan jannah. Mama pilih duduk sebelah jannah. Jannah berbaring atas katil. Mama pegang erat tangan jannah tanpa lepas. Mama perlu mengepam susu. Mama tahu buruk akibat kalau tak mengepam. huhu
Dengan pam susu manual medela yang banyak berjasa, mama mengepam hampir penuh satu botol. dan dibuang. sebab lebih 3 jam. Mama? menangis. sambil mengepam, sambil menangis. oh jiwa yang rapuh. Sementara jannah, berbaring tidak bermaya. tapi mama dapat rasakan genggaman jannah.
Budak kuat.
Kita sambung lagi episod di HSNZ selama dua minggu di next entry. :)
tata







Comments