top of page

Ada Apa Dengan Hati

  • ainmcr
  • May 11, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum dan Salam sejahtera :)

Dah tahu kan? Hati sebenarnya bukan organ paling besar dalam badan manusia. Organ yang paling besar adalah kulit sebenarnya. akak pun terkena dulu. haha Kat mana duduknya hati tu? Kedudukan hati dalam badan kita macam kat bawah.

Besarkan? Berwarna merah, boleh tumbuh sendiri, merangkumi berat manusia 2 - 5%, dan terletak di bahagian kanan rongga otot adalah antara ciri-ciri sebuah hati. Hati organ ya. Bukan hati nurani. :p

Apakah fungsi hati?

Banyak sangat fungsi hati kita ni. Antaranya adalah:

1/ Melakukan proses detoksifikasi atau peneutralan

Segala ubat ubatan dan makanan yang masuk ke dalam badan kita, akan di proses di hati di mana hati akan neutralkan mana mana bahan yang telah masuk ke dalam badan kita. Kalau tak boleh dineutralkan, hati akan hantar sisa yang tak boleh dineutralkan tu kepada buah pinggang. Buah pinggang pulak terdedah kepada bahaya. Bahaya......

2/ Menyimpan vitamin

Vitamin A, D, E, B12 yang berlebihan dalam badan kita akan disimpan di hati oleh hati. hehe Vitamin- vitamin tu akan digunakan bila diperlukan oleh badan kita. Nampak tak vitamin C? vitamin c hati tak simpan tau. Terus larut dalam air jadi air kencing. Sebab tu kena pilih vitamin c yang dilepaskan mengikut tempoh dia. Tak rugi. Tak jadi air kencing. hehe

3/ Mengubah Glukosa menjadi Glikogen

Apakah? senang cerita, glukosa ni adalah gula. :) Bila badan kita ada gula berlebihan, hati tukarkan glukosa tu jadi glikogen. Dan, bila badan kita perlukan gula, hati ubah balik dari glikogen jadi glukosa. Murninya hati kita ni. Apa jadi bila badan kita perlu glukosa, kita pulak minum air berkarbonat, hati tukar glikogen jadi glukosa. Jadi lambakan glukosa dalam badan. Hati hati, malang tak berbau nanti.

Dan banyak lagi fungsi hati yang lain.

Penyakit di Hati

Banyak penyakit yang boleh berlaku pada hati kita. Ye la kan, hati berfungsi untuk meneutralkan apa yang masuk ke dalam badan kita. Berat tugas tu. Jadi antara penyakit yang boleh berlaku adalah Hepatatis, kanser hati, penyakit lemak hati, Hemochromatosis (terlebih zat besi) dan banyak lagi penyakit berkaitan hati yang lain.

Bagaimana menjaga hati

Pilih makanan ynag nak kita makan tu. Tak kesian ke ke hati kita yang kena terima bahan pengawet la, bahan makanan yang di proses la, pewarna tambahan la, perasa tambahan dan segala jenis 'pe' yang tak diperlukan oleh badan kita. Mampu?

Akak ada cadangan iaitu DTX complex. Sejenis makanan tambahan khas untuk organ hati.

Apa DTX complex?

DTX complex terhasil dari gabungan makanan untuk hati yang sangat bagus seperti ekstrak biji benih pokok susu tisel, artichoke, dandelion, kunyit, reishi mushrom dan schizandra. Tumbuhan-tumbuhan ni akan menguatkan lagi fungsi hati kita.

Akak amalkan Dtx complex ni sekarang. Hari kedua akak makan, jemari akak kebas berpanjangan. hari ke 3 dan hari ni, alhamdulillah tiada apa apa yang pelik berlaku. Kebas tu mungkin jugak sebab akak kuat menyulam mesej di telefon pada hari tu.

Nanti akak cerita lagi pasal DTX complex ni.

Jumpa lagi next entry.

Tata :)

 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page