top of page

Detik Pertama

  • ainmcr
  • Mar 20, 2017
  • 4 min read

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t

Maaf mama membiarkan blog ni bersawang. haha Jap mama nak bersihkan.

Fuh Fuh Fuh

Ok, jadi, detik pertama. Detik pertama yang berlaku ke Jannah mama. Detik yang merubah hidup kami sekeluarga terutamanya hidup jannah. Anak syurga mama.

3 hari sebelum krisis, hari jumaat, mama, abah, ikiy dan jannah berkampung di rumah nenek. Cuti raya Cina masa tu. Tahun 2014, bulan 2. Masa tu jannah baru je lepas amik suntikan 5 bulan pada hari rabu. Badan jannah ok je. x panas pun. x demam pun. mama cuba tak kaitkan krisis yang berlaku pada jannah adalah kesan daripada suntikan vaksin.

Kalaupun ianya berlaku, masih masih lagi berfikir bahawa suntikan itu menjadi trigger/petunjuk bahawa anak mama ada masalah metabolik. hey, mama mesti berfikiran positif okay? ingat tu. jangan lupa. jangan buat buat lupa. fikiran negatif, sila lari dari mama. :D

Masa tu, hari jumaat, ada 3 orang di sekitar rumah nenek yang lahir pada tahun yang sama. Cucu jiran depan rumah dan cucu jiran sebelah rumah. Mama sempat bagi sepasang baju pada jiran depan rumah. Itu ingatan yang paling berkesan sekali bagi jiran nenek masa tu. sebab jannah bertiga lahir pada tahun yang sama, perempuan, sihat, berisi dan comel :)

Masa ni tak ingat berapa bulan, tapi sebelum kejadian. sekarang senyum dia lebih manis. :)

Cik di dan cik azah pun ada sekali masa cuti tu. Pendek kata, semua tak menyangka akan kejadian yang bakal berlaku. Allah sebaik baik perancang.

Hari sabtu petang kami balik ke rumah, sebab nak menghadiri majlis kenduri jiran lorong yang sama. Kebetulan jannah asyik tidur je dalam kereta, jadi abah cadangkan kita tumpangkan sekejap jannah dirumah pengasuh. Rumah pengasuh pun belakang rumah kami je. sangat dekat dan sekejap. Jadi lepas makan, kami amik jannah dan mama tanya jannah bangun tak? pengasuh kata tabangun pun. ok. mama ada rasa sikit pelik dengan tahap ketiduran jannah musim ni.

Esoknya, ahad, baru mama rasa badan jannah sedikit panas. Pada mama, bukan tahap demam lagi. mama tak tahu exactly suhu jannah sebab thermometer habis bateri. Pun jannah lebih banyak tidur. Sampai mama sempat memotong rambut zikry buat pertama kali dalam hidup mama. haha. Lepas tu mama perasan tahi mata jannah agak banyak dan berwarna kuning cerah (kalau x silap).

Episod air mata bermula lepas mama mandikan jannah sekitar jam 5 petang. Jannah pada masa ni, umur 5 bulan, hanya mengiring. tak mampu meniarap lagi. mama ok je sebab zikry dulu pun agak lambat perkembangan fizikalnya. Jadi masa mama lap kan badan jannah, dia mengiring ke kanan, dan menangis. badan jannah agak keras dan melengkung ke belakang. Boleh bayang? hehe mengiring kekanan, badan melentik ke dalam.

Dan keadaan tu berterusan. mama panik dan menangis. kebetulan abah balik dari tempat kerja. kami cuba betulkan posisi badan jannah, tak berjaya. jannah tetap dengan kedudukan melengkung tu dan terus menangis. Bagi susu tak mahu, letak minyak angin tak jadi, agoh tak layan. Abah telefon tok ma. bagitahu keadaan jannah. ayoh cik dan acik datang melawat jannah. lega sikit di hati mama. rasa macam masalah boleh dikongsi.

Tetapi jannah masih dalam keadaan macam tu. dan masih menangis. mama pun menangis. mama peluk jannah kuat kuat. mama sayang jannah. aduh. rapuh jiwa mama masa tu. Kami bincang,bergaduh, darab, bahagi, lepas maghrib, kami akan bawa jannah ke klinik. Klinik Erlina yang pakar pasal kanak kanak. Seperti yang dibincangkan, lepas maghrib, kami terus ke klinik yang jaraknya lebih kurang 30 minit dari rumah.

Kami sampai awal, klinik x buka untuk pendaftaran lagi masa tu, jannah tetap menangis dalam kereta. walaupun mama nampak jannah macam penat, tapi tangisan nya x hilang. mama terus berzikir dan berdoa. kadang kadang mama x faham apa yang mama zikrikan. mama panik. panik sebab anak mama x berhenti menangis dari tadi.

Masuk dalam bilik Dr, Dr Khusni bersoal jawab dengan mama dan abah dan dia bagitahu jannah perlu di bawa ke kecemasan. sempat dia berikan ubat punggung (ubat sembelit) ke jannah dan mama nampak kekerasan jannah makin reda. alhamdulillah.

Sampai di hospital, lepas daftar, tanpa menunggu, jannah terus di bawa masuk dan mama disoal jawab lagi sekali. mama je yang ada di dalam dengan jannah, abah dengan ikiy kat luar. darah jannah di ambil untuk ujian. mama tak ingat berapa botol pada masa tu, mama perasan yang jannah dah kurang menangis. Mama agak lega. lega tidak mendengar tangisan jannah yang berterusan. Mama berdoa menunggu menanti apa punca tangisan dan kekerasan badan jannah.

Tak sampai setengah jam kalau x silap mama, doktor putuskan jannah kena masuk wad. mama terima. abah pun setuju. abah dan ikiy balik kerumah, mama dan jannah bermalam di wad. Syukur jannah tidur pada malam tu. mama pulak yang tak boleh tidur.

Jannah marah mama sebab abaikan dia dalam bouncer sorang sorang sambil mama masak(lah sangata) haha

Nantikan episod mama dan jannah tak boleh tidur. Bukan ngeri, tapi nature sakit jannah. pada masa tu. sekarang, jannah adalah budak yang paling suka senyum. senyum yang manis sekali. kalau sempat, mama akan rakamkan senyuman manis jannah sebagai sumber inspirasi kita semua.

From a fragile child to a strong kid.


 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page