top of page

Permulaan.. sebuah sejarah

  • ainmcr
  • Dec 30, 2016
  • 3 min read

Salam Jumaat yang barokah.

Aduh, tajuk!

sebenarnya sejarah dah lama berlalu, lebih kurang 2 tahun 11 bulan yang lalu. mama baru nak mula tulis untuk rujukan mama, anak-anak mama dan semua yang membaca blog ni. Jadi mama memang tak suka dan jarang sekali buat permulaan ayat guna huruf besar. mama malas bab tu. huhu

Dah lama mama inginkan menulis sebuah blog, dedikasi untuk anak anak mama dan juga rakan sekeliling mama. gigih jugak mama luangkan masa waktu ni untuk menaip. walaupun perut dah lapar, mama sanggup berlapar. bahaha

Jadi ni lah Jannah, anak ke dua mama. Dia lah yang mencetuskan yang mama perlu mempunyai sebuah blog. blog yang akan menceritakan kehidupan Jannah sebagai insan terIstimewa di muka bumi Tuhan ini.

Ce jangan tipu, sekali tengok gambar jannah ni, rasa macam jannah bukan macam budak lain kan? hehe betul lah tu. Jannah mama istimewa. Anak Syurga.

Tadi mama bagitahu Jannah pencetus untuk mama menghasilkan blog kan? kenapa? supaya mama dapat berkongsi dengan seluruh rakyat malaysia tentang kehidupan jannah sebagai penghidap glutaric aciduria type 1.

next entry mama akan ceritakan apakah glutaric aciduria type 1. kalau nak cepat, google je. hehe

Pada ketika ini, umur jannah genap 3 tahun 4 bulan. Jadi bilakah tarikh lahir jannah? haha

eh jangan salah sangka. Jannah masih sihat dan masih wujud dimuka bumi ini.

mama tak tahu kenapa mama berahsia lama sangat tentang penyakit jannah. bukan sembunyikan tapi tidak mengwar-warkan kepada umum. memang sedara mara, jiran tetangga, rakan sekerja mama dan abah semua dah tahu tentang jannah. tapi mama rasa bertanggungjawab untuk memberitahu nya lagi kepada umum.

mama nak rakyat malaysia tahu tentang penyakit pelik atau penyakit jarang jumpa ini. kenapa jarang jumpa? sebab memang jarang berlaku dalam sesebuah masyarakat. untuk penyakit jannah, kalau x salah mama, enam pesakit sahaja di malaysia. mungkin sebelum ni dah di hidapi oleh orang orang lama tetapi x dapat tahu penyakit apa, dan meninggal dunia.

macam mana nak tahu tentang penyakit ni? boleh buat ujian genetik.

macam mana jannah dapat penyakit ni? mama dan abah dia pembawa penyakit ni.

kenapa mama dan abah jannah membawa penyakit ni? haha okay, setiap manusia ada satu sel genetik yang rosak (siapa yang tahu tolong betulkan mama ye..) sel genetik mama yang rosak sama dengan sel genetik abah yang rosak. menjadikan anak kami mempunyai 25% peluang untuk berpenyakit glutaric aciduria type 1. dalam kes mama, jannah lah anak syurga mama.

peluang untuk dapat penyakit ni? peluang sangat luas terbentang apabila kita berkahwin dengan saudara kita sendiri. sebab? sebab keturunan. kenapa pulak? keturunan kita kaya raya duit melimpah, so ok la kan kawin dengan sedara?

bukan itu maksud mama, maksud mama adalah keturunan yang menurunkan sel genetik rosak yang sama. ni lah mungkin antara sebab seboleh olehnya kita elak untuk berkawin dengan sedara kita. setuju tak? eh korang faham tak ni? kalau x faham, email je mama ainmcr@ymail.com.

mama boleh cerita pengalaman dan pengetahuan mama sedikit sebanyak dalam perihal penyakit jarang jumpa ni.

habis anak yang lain? ok, mama hampir terlupa untuk memperkenalkan anak mama yang lain.

haaa, nilah adik beradik jannah. abang jannah, zikry aka ikiy yang tunjuk peace, adik jannah, haris yang dahi kedut tu. sori ikiy dan haris, mama pilih jannah untuk jadi watak utama dalam blog ni. mihihihi tapi watak utama tetap kena ada watak penceria kan...? hihi

haris pembawa. carrier. bawak apa pulak ni mama...? pembawa penyakit ni. maknanya nya, kalau dia nak kawen nanti, bakal isteri dia perlu cek adakah bakal isteri dia juga pembawa penyakit ni.

Sedikit maklumat tentang penyakit genetik.

jangan tak tahu pulak, penyakit genetik tak di cover oleh insurans tau.... insurans syarikat mak/ayah, mungkin di cover. insurans peribadi, NO.

mama nak stop sini dulu. next time mama nak cerita banyak lagi.

 
 
 

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page